Ahad, 24 April 2011

BLOG BARU UNTUK WARGA MERU

Saya terpanggil untuk menulis dalam blog ini memandangkan saya melihat beberapa perkara yang perlukan teguran membina bagi mempertingkatkan lagi kemakmuran dan kesejahteraan ummah khasnya kepada pimpinan atau pentadbiran di Meru. Dengan adanya blog ini juga dapat kita menjadikan ianya satu medah yang beretika dalam menyampaikan maklumat. Interaksi yang baik dan toleran dalam penyampaian maklumat ini akan mendatangkan hasil yang maksimum dan secara tidak langsung ianya akan menjadikan masyarakat meru terbuka menerima teguran.

Kepada pimpinan yang ada di meru khasnya ADUN agar dapat menilai semula sistem pentadbiran sebagai mana janji-janji yang telah di hidangkan. Kini tiba masanya mereka mengotakannya. Sebagai rakyat biasa yang menilai kepimpinan mereka tentunya masyarakat ini berinteraksi secara maya dalam meluahkan isihati. namun sehingga kini tiada satu wardah secara maya yang terbina untuk meluahkannya. Untuk itu ruangan ini menjemput semua masyarakat boleh mencurahkan idea untuk membangunkan Meru sebagai satu daerah yang boleh membanggakan negeri selangor.

 RUANG SEMBANG BOLEH DIGUNA UNTUK BERINTERAKSI.

Sekian,
webmaster infomeru