Sabtu, 25 Jun 2011

DI MANA HALATUJU PAS

Pesuruhjaya PAS yang baru dilantik didalam Muktamar Pas baru-baru ini YB Dr Hj Abd Rani bin Osman telah dihubungi oleh berbagai pihak media bagi mendengar pendapat, dan kupasan beliau mengenai halatuju Pas Selangor dibawah kepimpinan beliau.

KITA  DI MERU BELUM LAGI DIMAKLUMKAN SECARA RASMI SAMA ADA DI MASJID, SURAU ATAU DI MANA MANA MAJLIS HALA TUJU PAS YANG DIPIMPIN OLEH DR RANI....

Khamis, 16 Jun 2011

AGENDA TERSEMBUNYI YB MERU?

PAS dikhabarkan bakal meletakkan calon wanita yang juga seorang doktor bagi menggantikan Dr. Rani seandainya beliau berjaya melobi untuk bertanding di Parlimen Kapar!
KLIK SINI.... kalau nak tau lanjut

Jumaat, 3 Jun 2011

KEPIMPINAN PAS BARU

Mat Sabu jawatan timbalan presiden PAS  menewaskan Nasharudin Mat Isa dan barisan kepimpinan baru parti itu kini dikuasai kumpulan profesional.

Mat Sabu memperoleh 420 undi,Nasharudin menerima 224 undi manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat 399 undi. Naib presiden Salahuddin Ayub dan Datu Mahfuz Omar mengekalkan kerusi masing-masing dan Datuk Paduka Husam Musa kembali dipilih ke jawatan itu.Salahuddin menerima undi 753, Husam 660 undi manakala Mahfuz 616 undi.

Tiga lagi calon iaitu Idris Ahmad, Datuk Mohd Omar Abdulalh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masing-masing menerima 491, 321 dan 217 undi.

Jawatankuasa kerja pusat yang menawarkan 18 tempat, dua pertiganya dikuasai oleh kumpulan profesional atau sering dilabel sebagai puak Erdogan.

Seramai 53 calon bertanding kerusi ahli jawatankuasa kerja pusat kali ini.

Pengerusi Anak Mazlan Aliman mendapat undi terbanyak iaitu 804 dan disusuli oleh Dr Hatta Ramli (765), Datuk Kamaruddin Jaafar (739), peguam PAS Hanipa Maidin (735), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721), Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad (702), Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa (651), Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (643), Abdul Ghani Shamsuddin (579), Amiruddin Hamzah (576), Ahli Parlimen Kuala Terengganu Abdul Wahid Endut (556), Datuk Abu Bakar Chik (527), Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah (470), Datuk Dr Mahfodz Mohamed dari Johor (449), Ahli Parlimen Kota Raja dan Timbalan Ketua Muslimat Dr Siti Mariah Mahmud (445), Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali (437), Abdul Ghani Abdul Rahman (430) dan bekas ketua Muslimat Nuridah Salleh (416).

Rabu, 1 Jun 2011

DEPAN RUMAH YB MERU ADA JUAL ARAK?

(Gambar hiasan)
Kalau ada orang bertanya anda di mana nak beli arak di Kampung Meru ni…… anda ada banyak pilihan….. dan mungkin anda boleh juga jawab sahaja kedai Taman Meru Indah. Di situ ada jualan arak secara besar-besaran atau kedai JUALAN ARAK PERDANA. Masuk saja ke speedmart 99, Sri Meenas di Taman Meru Indah yang pasti anda akan nampak macam-macam jenis arak yang dijual dan dipamerkan secara terbuka tanpa segan silu. Penjualannya juga tanpa kawalan.
Confirm anda akan rasa seperti sedang berada di China Town dan pilihlah mana yang anda suka. Lagi menarik anda dapat lihat botol-botol arak tu disusun dalam peti sejuk bersebelahan dengan kotak dan tin minuman ringan (halal).
Banyak lagi lokasi premis yang menjual minuman keras di Meru tapi kali ni kita tumpukan lokasi Tmn Meru Indah. Apa kaitannya dengan Tmn Meru Indah ? Kalau anda tak tahu, Tmn Meru Indah ni lokasinya di hadapan rumah YB Meru dan yang sedihnya kedai menjual arak ini berada tak sampai dari 200 meter dari rumah YB Meru. Dan tambah malang lagi di Tmn Meru Indah ni ada satu cawangan PAS (Caw. Taman Meru Indah) yang YB Meru menjadi Ketua Cawangannya.
YB Meru, mana dakwah amar maktuf nahi mungkar yang YB laung-laungkan. Bukankah berdegar-degar ceramah nak tubuhkan Negara Islam kalau PAS memerintah. Sekarang dah menang jadi YB di DUN Meru jadikanlah Meru sebagai DUN Islam, Tak mampukah YB bertindak sesuatu? Setidak-tidaknya adakan perbincangan dengan pemilik-pemilik kedai agar penjualannya tidaklah terlalu terbuka. Banyak pihak bimbang gejala minum arak ni jadi budaya kepada remaja atau pemuda Melayu. Atau YB tak kisah kalau ada orang nak minum arak ?
Pesanan untuk YB, cuba-cubalah rasa malu, tak payahlah berdekah-dekah cerita Negara Islam, hukum hudud, daulah Islamiah dan macam-macam lagi retorik politik kalau masalah arak depan rumah pun tak boleh setel.

Infomeru : PAS FOR ALL