Ahad, 25 September 2011

PESURUHJAYA PAS SELANGOR MANIPU RAKYAT LAGI?


Meru- infomeru sangat terkejut dengan satu kenyataan di dalam blog khidmat masyarakat meru yang mengatakan bahawa beliau telah meraikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran dalam majlis yang terang-terang Barisan Nasional yang mengendalikannya.

HEBAT SUNGGUH PESURUHJAYA PAS SELANGOR NI MEMBUAT KENYATAAN  DALAM BLOG KHIDMAT MASYARAKAT MERU. SEBALIKNYA LIHAT LAH GAMBAR TERSEBUT...

APAKAH PANDANGAN PAKATAN RAKYAT ... PESURUHJAYA PAS SELANGOR NI DALAM KEADAAN TERDESAK UNTUK MERAIH SOKONGAN  PENGUNDI.... TAPI RAMAI AHLI PAS MARAH.................

IM mendapat maklumat dan sumber yang dipercayai bahawa para penyokong PAS TEGAR kawasan Meru sangat marah dan meluat dengan PESURUHJAYA PAS SELANGOR  ini seolah oleh PESURUHJAYA PAS SELANGOR INI menyokong tindakan Barisan Nasiponal dan khususnya ahli UMNO. Sepatutnya beliau membuat program untuk ahli- ahli pas supaya tidak hadir dalam majlis tersebut kerana jika ahli ahli PAS HADIR maka dengan sendirinya akan menjadikan dan memperlihatkan KEKUATAN UMNO MERU di mata masyarakat meru.

"INI LAH.... JIKA SALAH MELETAKKAN PEMIMPIN DI TEMPAT YANG BETUL"


HARAP RAKYAT JANGAN TERTIPU DENGAN TINDAKAN PESURUHJAYA INI......


Jumaat, 23 September 2011

PESERUHJAYA PAS SETUJU LA.... DENGAN KONSEP 1 MALAYSIA?


Siapakah individu yang berbaju merah di tengah-tengah itu.... berdiri di sebelah Dato Abdul Rahman Palil..Beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor.iaitu Dr. Abdul Rani b Osman.Beliau turut bersama-sama menyanyikan lagu " 1MALAYSIA" dan mengibarkan jalur gemilang bersama pemimpin UMNO di DUN MERU dan disaksikan oleh ribuan warga Meru dan juga Tetamu Khas iaitu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Pelbagai telahan dan andaian berlaku di sini. Antaranya ialah:-

PESURUHJAYA PAS bersetuju dan menyokong konsep 1Malaysia

PESURUHJAYA PAS SELANGOR NI turut menyokong UMNO kerana turut serta dalam program yang di anjurkan oleh UMNO dan Barisan NASIONAL

PESURUHJAYA PAS SELANGOR NI dalam keadaan tertekan dan rungsing kerana kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dan Pengerusi DAP  baru baru ini berhubung HUKUM HUDUD

PESURUHJAYA PAS SELANGOR NI KATA kehadiran TPM ke Meru bersama 240 Adun-  Adun ni satu usaha terdesak  tapi sebaliknya BELIAU HADIR DI SITU.... INI   

MENUNJUKKAN BELIAULAH YANG DALAM KEADAAN TERDESAK  kkeranamelihatkan  kehadiran dan sokongan rakyat mencecah 10 000 orang telah menjadikan beliau "TAK TENTU ARAH"  hinggalah sanggup menyanyikan lagu 1malayasi di atas pentas bersama pimpinan  UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

PESURUHJAYA PAS NI terkedu dengan pemgumuman yang TPM buat untuk sekolah-sekolah
agama di Negeri Selangor...keadaan ini sangat membimbangkan beliau. perkhabaran ini mungkin
telah membuatkan beliau mahu turut bersama UMNO?

APALAH YANG ADA DALAM KEPALA HOTAK PESURUHJAYA PAS SELANGOR NI SEMASA MELIHAT TPM MENGUMUMKAN BEBERAPA IMBUHAN UNTUK SEKOLAH SEKOLAH DI SELANGOR??????????????

MAMPUKAH DR RANI MEMBERIKAN SEPERTI ITU SEBAGAI PESURUHJAYA PAS SELANGOR???????

Ahad, 18 September 2011

PESURUHJAYA PAS NAIK ANGIN?


Orang ini merapu setelah JAIS menarik balik tauliah beliau untuk mengajar agama di selangor.Demikianlah celoteh Pesuruhjaya PAS yang telah melatah akibat tauliahnya di tarik balik...

Maknanya PESURUHJAYA PAS ni adalah yang tak betul dari segi menyampaian atau pun geraklaku semasa menyampaikan kuliahnya... sebab tu la JAIS tarik balik.....

MUHASABAH DIRI LA WAHAI PESURUHJAYA PAS..

Selasa, 13 September 2011

GERAJA DI DUN MERU?

Info Meru sempat meluangkan untuk bersiar-siar di kampung meru baru-baru ini dan infomasi meru terlihat beberapa gereja baru telah wujud dalam waktu terdekat ini. infomeru tidak membawa kamera untuk mengambil gambar tersebut dan dalam aktu terdekat ini infomeru akan uploadkan gambar gambar tersebut.

Dimana Gereja tu....

1.  Rumah kedai di Aman Perdana
2. Bersebelahan pasaraya Speedmart 99 - Pekan Meru
3. Belakang Klinik People - bersebelahan dengan restoran Nusantara

Mungkin infomeru tak nampak gereja yang lain.... namun.............................

 NANTIKAN UPLOAD GAMBAR GEREJA TERSEBUT.

Ahad, 4 September 2011

APAKAH KENYATAAN MAT SABU BETUL?

Siapa Mat Indera?

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin  Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API. Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

-Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan-

     Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.
Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".
Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. -Rasional bukan emosi-
    Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.
    Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu?

SAMA SAMA CARI JALAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK UNTUK AGAMA BANGSA DAN TANAHAIRKUR KHASNNYA UNTIK ISLAM

Rabu, 17 Ogos 2011

PESURUHJAYA PAS BONEKA KHALID?

Isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama benar-benar telah mencabar kewibawaan Dr. Rani selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.Apakan tidak, setelah gagal dalam misi pertamanya, iaitu Bersih 2.0 untuk mengotakan kata-katanya dengan membawa turun anak buahnya seramai 50 ribu orang, Dr. Rani sekali lagi diuji dengan isu yang lebih mencabar.

Lebih malang baginya apabila berada di luar negara, dan tiada sebarang kenyataan yang diterima darinya.  Amat menghairankan, situasi yang sama juga berlaku kepada Khalid Samad, namun itu bukanlah penghalang bagi YB kesayangan penduduk Shah Alam ini dari membuat kenyataan yang mendahului Pesuruhjaya PAS sendiri!....Khalid Samad adalah penjilat tegar DAP, dan intimnya beliau dengan pihak gereja tidak perlu dinafikan.  Seperti yang dijangka, Khalid cepat melatah apabila gereja atau DAP “disentuh”.  Dan kenyataan yang keluar sehari selepas pemeriksaan JAIS terus dilabelkan sebagai bertentangan dengan prinsip Islam, diikuti dengan bidasan tahap tertinggi terhadap Hasan Ali, orang yang bertanggungjawab melucutkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor dari Khalid sedikit masa dahulu gara-gara menggadaikan kalimah Allah.

Kenyataan yang mendahului Pesuruhjaya PAS ini adalah satu perbuatan meminggirkan orang no. 1 dalam “chain of command”.  Ia secara tidak langsung menunjukkan sikap kurang ajar dan meminggirkan yang perlu didahulukan.  Tiada rasa hormat kepada ketuanya.Paling penting, ia menunjukkan Khalid Samad lebih berkuasa berbanding dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani.  Secara realitinya, Khalid Samad adalah pemimpin lebih kanan berbanding Dr. Rani dalam hierarki kepimpinan PAS Selangor.  Dan bukanlah mengejutkan apabila rakyat sudah mula terlihat wayang boneka yang mana Khalid menjadi si pak dalang!
Kita berbicara tentang Selangor, seharusnya suara parti di negeri ini didahulu oleh orang no. 1 parti berkenaan.  Tetapi ia tidak berlaku di PAS Selangor.

YB Dr. Rani boleh dianggap “newcomer” di arena politik Selangor meskipun telah bertanding sebanyak 3 kali di PRU sebelum menang menewaskan calon BN, Ghazali Md Amin di DUN Meru.  Beliau tidak diberikan harapan kerana beliau merupakan calon “rejected and recycled” untuk PAS di Meru.  Mungkin sudah rezeki, kemenangannya pada 2008 tidak pernah dijangka meskipun oleh dirinya sendiri.  Namun, selepas kemenangannya, beliau tetap tidak dianggap watak penting dalam PAS.
Khalid Samad tahu bahawa tidak mungkin dia sendiri memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor setelah mencampakkan bekas bosnya ke lubang jamban.  Pastinya dia akan dilaknat 7 keturunan oleh rakyat seandainya menduduki jawatan berkenaan.  Alternarnatif terbaik ialah mencari boneka, sambil menggunakannnya dan mengawal tindak-tanduknya.

Dan Khalid telah memilih Dr. Rani untuk tujuan itu, sambil menjawat jawatan Timbalannya, agar mudah mengawal tindak tanduk dan kenyataan dari Dr. Rani supaya PAS terus “bersetubuh” secara politik dengan DAP.  Khalid tidak rela satu lagi Hasan Ali wujud di dalam PAS yang sesat.Dan buat masa ini, pilihan Khalid boleh dikategorikan tepat.  Bukan sekadar boneka, Dr. Rani juga dilihat mendukung aspirasi Khalid dalam DAP didahulukan, gereja diutamakan!
Tanyalah orang Meru, berapa kali Dr. Rani membawa masuk DAP ke DUN Meru, atau lebih tepat ke dalam kampung-kampung Melayu!

Sabtu, 13 Ogos 2011

MANA DIA PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Infomeru (IM) rasa ada yang tak kena dalam isu MURTAD / GEREJA. Mana perginya Pesuruhjaya PAS Selangor. Sehingga hari ini belum ada apa-apa kenyataan dan pendirian dari Pesuruhjaya PAS Selangor. Tiada sebarang kenyataan dan sidang media berhubungan isu tersebut. IM berpendapat bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor belum berani membuat keputusan dan press conference..... kalaupun 5 minit. ada dengar2 kerdil ni menunaikan umrah... Semoga kepulangan dari umrah akan membuahkan hasil yang baik untuk perpaduan DUN Meru