Jumaat, 3 Jun 2011

KEPIMPINAN PAS BARU

Mat Sabu jawatan timbalan presiden PAS  menewaskan Nasharudin Mat Isa dan barisan kepimpinan baru parti itu kini dikuasai kumpulan profesional.

Mat Sabu memperoleh 420 undi,Nasharudin menerima 224 undi manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat 399 undi. Naib presiden Salahuddin Ayub dan Datu Mahfuz Omar mengekalkan kerusi masing-masing dan Datuk Paduka Husam Musa kembali dipilih ke jawatan itu.Salahuddin menerima undi 753, Husam 660 undi manakala Mahfuz 616 undi.

Tiga lagi calon iaitu Idris Ahmad, Datuk Mohd Omar Abdulalh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masing-masing menerima 491, 321 dan 217 undi.

Jawatankuasa kerja pusat yang menawarkan 18 tempat, dua pertiganya dikuasai oleh kumpulan profesional atau sering dilabel sebagai puak Erdogan.

Seramai 53 calon bertanding kerusi ahli jawatankuasa kerja pusat kali ini.

Pengerusi Anak Mazlan Aliman mendapat undi terbanyak iaitu 804 dan disusuli oleh Dr Hatta Ramli (765), Datuk Kamaruddin Jaafar (739), peguam PAS Hanipa Maidin (735), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721), Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad (702), Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa (651), Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (643), Abdul Ghani Shamsuddin (579), Amiruddin Hamzah (576), Ahli Parlimen Kuala Terengganu Abdul Wahid Endut (556), Datuk Abu Bakar Chik (527), Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah (470), Datuk Dr Mahfodz Mohamed dari Johor (449), Ahli Parlimen Kota Raja dan Timbalan Ketua Muslimat Dr Siti Mariah Mahmud (445), Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali (437), Abdul Ghani Abdul Rahman (430) dan bekas ketua Muslimat Nuridah Salleh (416).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan