Setia Alam. Perbandaran metropolitan baru yang sedang pesat membangun di pinggiran Kampung Meru. Untuk rakyat segala-galanya tersedia di Setia Alam. Ada KFC, ada Mc Donald, ada Pizza, ada Tesco, ada Giant, ada bank, ada klinik dan yang paling hebat ada RUMAH URUT !. Dengan menyusuri Jalan Meru-Klang sahaja anda dapat lihat kepesatan pusat-pusat urut ni dengan sign board besar seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Kepada sesiapa yang tak tahu aktiviti pusat urut ni biar penulis jelaskan. Ianya bukan pusat mengurut wanita lepas bersalin atau urut terseliuh atau patah tulang, atau urut sakit badan dan bukan juga urut buang angin dalam badan. Ini cerita soal pusat urut yang menawarkan perkhidmatan urut badan oleh wanita-wanita cantik dan sexy yang menerima pelanggan tak kira Islam atau tidak. Dengan bayaran tertentu anda akan diurut dalam bilik tertutup dan boleh dalam keadaan bogel dan dengarnya ada pakej urut batin malahan menawarkan extra service kalau kita mahu. Dalam istilah yang mudah difahami pusat urut ni boleh diertikan sebagai PUSAT PELACURAN BERLESEN......
Setia Alam ni bukan terletak dalam jajahan persempadan DUN Meru di bawah YB nya Dr. Abd Rani Osman tetapi ia tetap dalam peta Negeri Selangor yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang rakan sekutunya PKR, DAP dan parti Islam PAS. Mustahillah YB Meru tak nampak aktiviti pusat-pusat urut ni yang sepanduknya lebih besar dari sepanduk surau. Tak bolehkah YB Meru merancang, berfikir dan bertindak sesuatu kalau tak dapat benteras pun sekurang-kurangnya kawal lah pertumbuhannnya.
Setia Alam ni bukan terletak dalam jajahan persempadan DUN Meru di bawah YB nya Dr. Abd Rani Osman tetapi ia tetap dalam peta Negeri Selangor yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang rakan sekutunya PKR, DAP dan parti Islam PAS. Mustahillah YB Meru tak nampak aktiviti pusat-pusat urut ni yang sepanduknya lebih besar dari sepanduk surau. Tak bolehkah YB Meru merancang, berfikir dan bertindak sesuatu kalau tak dapat benteras pun sekurang-kurangnya kawal lah pertumbuhannnya.
Masalah gejala ini pernah penulis cuba kemukakan kepada seorang pemimpin kanan PAS di Kampung Meru dan kita andaikan namanya Y ( bukan nama sebenar) . Lelaki Y berkata semua pusat-pusat urut itu telah diluluskan oleh kerajaan BN dahulu dan kerajaan Negeri tiada kuasa nak bertindak dan beliau juga berkata pusat tu untuk kemudahan orang bukan Islam.
Wahai YB Meru dan orang-orang yang memperjuangkan islam, rasional lah kalau nak bagi jawapan tu, Jangan nampak sangat nak bagi jawapan putar alam dan macam menjawab kat budak-budak. Kita tengok ada juga pusat urut tu baru je mulakan aktiviti, Kalau pun pusat tu diluluskan oleh kerajaan terdahulu, pemerintahan sekarang tetap boleh buat sesuatu kalau mahu. Contohnya bila pusat-pusat urut tu memohon memperbaharui lesen buatlah sesuatu misalnya batalkan kelulusan ke, sekat ke atau ketatkan syarat ke atau kurangkan jumlahnya. Benarkah pusat urut tu untuk kemudahan pelanggan bukan Islam ? Berani kah YB Meru dan orang-orang PAS jamin takde orang Melayu/Islam hidung belang yang turun naik pusat tu.
Infomeru : Teringat kat satu ceramah Dr. Hasan Ali. Katanya kalau PAS memerintah Negeri Selangor beliau akan pastikan kilang Carlsberg ditutup. Tapi sampai sekarang kilang tu sihat je beroperasi.
ni cerita pasal tmpt urut ke politik
BalasPadamSex
BalasPadamBukak pkl berapa sampai pkl berapa??
PadamNk urut bdn sakit bdn
PadamSedap tak??.
BalasPadamSedap
BalasPadam