Rabu, 17 Ogos 2011

PESURUHJAYA PAS BONEKA KHALID?

Isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama benar-benar telah mencabar kewibawaan Dr. Rani selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.Apakan tidak, setelah gagal dalam misi pertamanya, iaitu Bersih 2.0 untuk mengotakan kata-katanya dengan membawa turun anak buahnya seramai 50 ribu orang, Dr. Rani sekali lagi diuji dengan isu yang lebih mencabar.

Lebih malang baginya apabila berada di luar negara, dan tiada sebarang kenyataan yang diterima darinya.  Amat menghairankan, situasi yang sama juga berlaku kepada Khalid Samad, namun itu bukanlah penghalang bagi YB kesayangan penduduk Shah Alam ini dari membuat kenyataan yang mendahului Pesuruhjaya PAS sendiri!....Khalid Samad adalah penjilat tegar DAP, dan intimnya beliau dengan pihak gereja tidak perlu dinafikan.  Seperti yang dijangka, Khalid cepat melatah apabila gereja atau DAP “disentuh”.  Dan kenyataan yang keluar sehari selepas pemeriksaan JAIS terus dilabelkan sebagai bertentangan dengan prinsip Islam, diikuti dengan bidasan tahap tertinggi terhadap Hasan Ali, orang yang bertanggungjawab melucutkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor dari Khalid sedikit masa dahulu gara-gara menggadaikan kalimah Allah.

Kenyataan yang mendahului Pesuruhjaya PAS ini adalah satu perbuatan meminggirkan orang no. 1 dalam “chain of command”.  Ia secara tidak langsung menunjukkan sikap kurang ajar dan meminggirkan yang perlu didahulukan.  Tiada rasa hormat kepada ketuanya.Paling penting, ia menunjukkan Khalid Samad lebih berkuasa berbanding dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani.  Secara realitinya, Khalid Samad adalah pemimpin lebih kanan berbanding Dr. Rani dalam hierarki kepimpinan PAS Selangor.  Dan bukanlah mengejutkan apabila rakyat sudah mula terlihat wayang boneka yang mana Khalid menjadi si pak dalang!
Kita berbicara tentang Selangor, seharusnya suara parti di negeri ini didahulu oleh orang no. 1 parti berkenaan.  Tetapi ia tidak berlaku di PAS Selangor.

YB Dr. Rani boleh dianggap “newcomer” di arena politik Selangor meskipun telah bertanding sebanyak 3 kali di PRU sebelum menang menewaskan calon BN, Ghazali Md Amin di DUN Meru.  Beliau tidak diberikan harapan kerana beliau merupakan calon “rejected and recycled” untuk PAS di Meru.  Mungkin sudah rezeki, kemenangannya pada 2008 tidak pernah dijangka meskipun oleh dirinya sendiri.  Namun, selepas kemenangannya, beliau tetap tidak dianggap watak penting dalam PAS.
Khalid Samad tahu bahawa tidak mungkin dia sendiri memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor setelah mencampakkan bekas bosnya ke lubang jamban.  Pastinya dia akan dilaknat 7 keturunan oleh rakyat seandainya menduduki jawatan berkenaan.  Alternarnatif terbaik ialah mencari boneka, sambil menggunakannnya dan mengawal tindak-tanduknya.

Dan Khalid telah memilih Dr. Rani untuk tujuan itu, sambil menjawat jawatan Timbalannya, agar mudah mengawal tindak tanduk dan kenyataan dari Dr. Rani supaya PAS terus “bersetubuh” secara politik dengan DAP.  Khalid tidak rela satu lagi Hasan Ali wujud di dalam PAS yang sesat.Dan buat masa ini, pilihan Khalid boleh dikategorikan tepat.  Bukan sekadar boneka, Dr. Rani juga dilihat mendukung aspirasi Khalid dalam DAP didahulukan, gereja diutamakan!
Tanyalah orang Meru, berapa kali Dr. Rani membawa masuk DAP ke DUN Meru, atau lebih tepat ke dalam kampung-kampung Melayu!

Sabtu, 13 Ogos 2011

MANA DIA PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Infomeru (IM) rasa ada yang tak kena dalam isu MURTAD / GEREJA. Mana perginya Pesuruhjaya PAS Selangor. Sehingga hari ini belum ada apa-apa kenyataan dan pendirian dari Pesuruhjaya PAS Selangor. Tiada sebarang kenyataan dan sidang media berhubungan isu tersebut. IM berpendapat bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor belum berani membuat keputusan dan press conference..... kalaupun 5 minit. ada dengar2 kerdil ni menunaikan umrah... Semoga kepulangan dari umrah akan membuahkan hasil yang baik untuk perpaduan DUN Meru

KISAH BEKAS PADERI

Bacalah sendiri dan buatlah penilaian berdasarkan kepada al Qur'an dan hadis serta bertanya kepada yang lebih tahu.

Esuk jam 9 pagi blog mymassa akan mendedahkan konspirasi AGENDA MURTAD 
yang didalangi oleh ahli-ahli politik DAP
yang bertujuan memecahkan undi MELAYU ISLAM
agar mereka dapat memerintah MALAYSIA
Perkara seperti inilah yang ASPANI terlupa nak cakap dan pepuak POLITIK BARU dok meroyan tanpa sebab.
 
 

Selasa, 9 Ogos 2011

APA SEBENARNYA BERLAKU NI-KES HASSAN ALI DAN GEREJA

Perkhabaran terbaru yang saya terima mengenai 12 orang Islam yang terlibat menghadiri majlis “makan malam” merangkap berbuka puasa di Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini telah enggan lagi memberikan kerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Nak tahu kenapa?
Jawapan yang mereka berikan pada JAIS ialah “peguam” mereka melarang mereka pergi ke JAIS dan melarang mereka dari memberikan keterangan, butiran atau kerjasama dengan siasatan agensi yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam di negeri Selangor itu.

Kenyataan ini agak pelik untuk saya terima. Sebelum ini, pihak penganjur majlis itu mendakwa bahawa mereka memberikan bantuan kepada masyarakat Islam yang “dhaif, miskin dan kurang berkemampuan” dari segi ekonomi dan kehidupan mereka. Dalam ertikata lain, 12 orang Islam yang terlibat itu merupakan “orang susah”!

Justeru itu, adalah amat mustahil untuk mereka mengupah “peguam” untuk memberi nasihat perundangan kepada mereka berhubung kes siasatan JAIS ini. Manalah mereka mampu untuk membayar yuran guaman yang beribu-ribu harganya. Nak makan pun “terpaksa mengemis di Gereja”, apatah lagi untuk mengupah peguam?
Saya mengesyaki bahawa ada pihak yang menyediakan dan membiayai perkhidmatan guaman untuk semua 12 orang Islam dhaif ini. Menurut sumber, khidmat guaman ini datangnya dari Gereja yang diperiksa oleh JAIS itu sendiri. Khabarnya lagi, khidmat guaman itu turut mempunyai hubung kait dengan Majlis Peguam, sebuah pertubuhan yang sememangnya terkenal dengan pro-murtad di Malaysia.
Agak menghairankan apabila pihak berkenaan sanggup mengeluarkan wang beribu ringgit, kononnya untuk membela semua 12 orang umat Islam yang disyaki cuba di”Kristian”kan oleh gerakan mubaligh di Petaling Jaya itu. Saya mengesyaki bahawa mereka takut rahsia majlis tersebut didedahkan kepada JAIS oleh 12 orang Islam tersebut.
Mungkin sebab itu mereka terpaksa menggunakan khidmat peguam untuk mempengaruhi 12 mangsa keracunan minda itu. Mereka secara tidak langsung telah menghalang kelancaran siasatan JAIS. Ada rahsia yang mereka cuba sembunyikan dari pengetahuan umum dan akhirnya mencetus spekulasi melampau oleh segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan menjadi hero dalam isu ini. Contohnya, Pas.
Apa hak peguam itu untuk menghalang siasatan dan menyusahkan jabatan agama itu dari masa ke semasa? Hal ehwal aqidah umat Islam tidak ada kena mengena dengan peguam yang dilantik oleh Gereja itu. Aqidah ini akan ditanya oleh Allah kelak. Ketika Allah menyoal umat Islam itu nanti, apakah peguam Gereja itu akan tampil untuk membela mereka di depan Allah?
Saya kesal dengan pendirian 12 umat Islam yang enggan memberikan kerjasama dengan JAIS, sebuah badan Islam yang menjaga kepentingan Islam di Selangor. Orang mahu menolong mereka dari dipesongkan aqidah, mereka seolah-olah bodoh sombong, enggan ditolong. Jelas sekali, mereka mempunyai pendirian yang lemah hingga tunduk kepada peguam dari DUMC itu.
Justeru itu, saya menyeru dan merayu kepada 12 orang Islam itu untuk kembali memberikan kerjasama kepada JAIS untuk membantu siasatan kes ini. Demi aqidah mereka dan demi maruah Islam yang cuba dicabar oleh orang yang sedar diuntung itu, saya merayu, dedahkanlah segala rahsia gerakan Gereja itu kepada JAIS.
Mungkin saya tidak punya wang ringgit untuk kalian 12 saudara/saudari seagama saya. Namun, saya yakin bahawa ganjaran Allah di akhirat kelak lebih berbaloi dari apa yang mampu diberikan oleh Gereja tersebut. Wallahu’alam.